Sunday, November 22, 2009

minggu ni sempat jogging n naik tangga je

sempat jogging 5km jer. pastu layan 100 anak tangga. Sekian.

mgu lepas pnye citer baru nk cter mgu nie..



bukan malas nak berblog tp ermmmma malas sebenarnya. mgu lepas pergi jalan2 ke Cameron Highlands sambil naik Gng Berembun. BBQ dalam apartment sbb hujan (goreng ayam yang diperap guna mentega kira bbq ke?) ehehe Sekian. malas kan aku ahahaha

Wednesday, November 11, 2009

Taman Eko Rimba KL




hari nie secara rasminya Bukit Nenas telah di namakan sebagai Taman Eko Rimba KL. dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar. Sama-sama lah kita menjaga hutan kita demi generasi yg akan datang. kalo rajin datang la melawat Taman Eko Rimba KL. Byk yang boleh dipelajari contohnya nama2 pokok dan herba yang terdapat di sini. Masuk adalah percuma. di buka setiap hari dari pukul 7pg- 7ptg.

Merupakan satu-satunya hutan hujan tropika yg masih wujud di tengah2 bandaraya. salah satu kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di negara ini.dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld. ianya dikelaskan sebagai Hutan Pendidikan dan Hutan Penyelidikan.

Monday, November 9, 2009

bersiar-siar mendaki gunung bujang melaka tp time turun macam tak cukup kaki



Keretapi Tanah Melayu Berhad
Line Up-Leny, Ikin, Adek, Ma & Kak Zety
Kompleks Rakan Muda Kampar
Flag Off - 8pg (lebih skit kot sbb bermula ngan kategori men open)
11 placing (mula2 kata 10th placing tp pastu jd 11th lak, lantak la)
medal + sijil

awal2 lagi dah pancit. layan jer la lenggang2 kangkung. last naik bujang melaka masa tahun 2005 kalo tak silap. muda remaja lg time tu!! bila lompat jer pinggang rasa sakit. tuk tuk tuk terasa cam berbunyi. sesat lak tu. mental dah down. layan jer la bersiar2. smpai CP 2 lepak minum2 dulu layan borak ngan Munzir. sampai CP 3 layan borak dulu. time trun baru ada mood balik nak berlari. tuk tuk tuk bunyi pinggang aku.layan jer la..smpai jalan raya matahari dah pacak atas kepala. kuar dari hutan da lg 2km kena layan jalan raya. arghhh layan jer la. janji smpai dgn selamat.

paling syok layan ketapi n UNO..rindu zaman dulu2..waaaa mau naik gunung balik ngan Neneng n KakWani!!

Wednesday, November 4, 2009

budak-budak makin besar.makin tua.makin nakal..

pagi tadi Jaafar, Jamal n sorg la blom bagi nama terlepas lagi dari cage dia. Jaafar n Jamal aku tau diorg duk menyorok kat mana. yg sorg lg aku tak tau kat mana dia pergi. pagi tadi dah cari di pelosok rumah tp tak jumpa jgk. nanti balik kerja cari lg.

Bino plak gadoh dengan Jaafar n Jamal. terpaksa aku asingkan Bino kerna telinga beliau cedera. sekarang telinga beliau dah ok tp aku masih lg asingkan mereka.

aku rasa tak lama lg cucu aku akan bertambah lg sebab aku syak da sorg tgh sarat mengandung. ermm...kna bli lg sangkar. lambat laun rumah tu penuh dgn sangkar. sabar jer la wahai housemate ku sumer.

Monday, November 2, 2009

weng..weng..

dah lama tak demam, sakit tekak dan pening kepala. mungkin kesan dari kejatuhan depan bilik mandi ari rabu aritu. elok plak sejam lepas jatuh aku g bersiar2 10km dalam UPM. ari ahad Genting TrailBlazer. elok pulak main hujan. tp arini dah beransur pulih.

hari isnin aku gagahkan diri turun naik tangga selama hampir 40minit. keluarkan peluh sebanyak mungkin. dan hari ni sakit kepala hilang. cuma sedikit selsema n batuk. mungkin boleh hilang sok atau lusa.

terima kasih pada yg mereka2 yang bertanya khabar. yang mengambil berat.

Sunday, November 1, 2009

berjalan-jalan & bersiar-siar di Genting TrailBlazer





Flag Off pukul 8.00pg
Bertempat di Awana Resort
14km (UpHill, OffRoad, Road, Obstacles)
Women Team (2)
8th placing

Thursday, October 29, 2009

akibat kebasahan

pengajaran daripada cerita ini adalah sila lap kaki anda sebelum keluar dari bilik mandi atau anda akan terima akibat yang sama dengan gua iaitu jatuh dengan gaya yang paling buruk dan hampir black out.

dan hari nie badan gua sakit2 ditambah lagi dengan sesi latihan 10km malam td sejurus selepas kejatuhan tersebut.